Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Sunday, September 7, 2008

Tempat Kejo aku...NickRuz

MID KG PAYA BUNGOR
KM 56, JALAN KUANTAN-MARAN,
26020 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Pej : 09-4789049 / 09-4780829
Fax : 09-4789049
Email : p_payabungor@rurallink.gov.my
Web : -

p/s : Moh ler datang melawat...oleh gi meyumpit

Thursday, August 7, 2008

Hadith Harian

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:adalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan.

Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa?

Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.

Riwayat at-Tirmizi

Huraian Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Di samping itu sebuatn-sebutan dalam berdoa juga perlu diperhalusi dan jangan dipandang mudah. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Hadith Harian

Hadith

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (Al- Bukhari)

Huraian:

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinua yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu harus menjaganya," Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhainya.

Wednesday, July 16, 2008

Al-Fatihah

Pada 8 Julai 2008, jam 8.00malam

Kembalinya Nenekku yang disayangi, Hajjah Zainab Bt. Hassan ke rahmahtulAllah...
Semoga arwah Tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam SyurgaMu Ya...Allah
Ya..Allah, Engkau terangilah kuburnya...Amin

Al- Fatihah.....

Segala kenangan bersama Tok...akan Zaini abadikan untuk selama-lamanya...
Sejak bayi dan sehingga umur 26tahun...Tok menjaga Zaini..Terima kasih tidak terhingga Zaini ucapkan...segala jasa Tok moga Allah SWT membalasnya....

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada Tok untuk melihat cucunya ini naik pelamin dan menyambut hari lahirku pada 2 Julai 2008 (26tahun)...

Ingatilah bahawa kita hanya hidup sementara di muka bumi Allah SWT ini dan pada suatu hari kita akan kembali kepadaNya..Oleh itu, tunaikan tangungjawab kita kepada Allah SWT dan sesama manusia...Insya Allah..

Kuku Panjang Dan Pakai Cincin

Kuku Panjang Dan Pakai Cincin

Sekarang ni ramai yg pakai cincin... tapi ikut suka dia je.. sunnah
nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika
kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa
yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
Hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan & mahu anak yg
pandai & mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1. jari tengah
2. jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk &
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah
iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Thursday, June 19, 2008

kejo2

Panas betul cuaca hari ini..asik hendak minum air jek...cuaca pun dah tak menentu sekarang ini..dikala ini dok dalam aircond adalah satu kenikmatan..ini buat nak tido pulak..huhuhu
Minggu ini tak dapat balik jumpa isteri..sedihnya...kene keje pula pada hari ahad...kejo2
tak pe la berkhidmat untuk kemajuan IT masyarakat Asli...kali ini aku buat Program Score A...
ala program latihan budak2 yang guna komputer (internet)tu...macam-macam dah kemudahan sekarang lebih-lebih lagi dalam dunia IT ini..serba serbi memudahkan belajo pun guna komputer..fu yoooo...Aku harap berjaya la program score A untuk warga orang asli ini...

Korang yang ada anak nak periksa UPSR dan PMR tu leh la guna Score A ini..cuma perlu ade komputer dan internet jek..pastu Daftar program tu dengan bayaran RM298 untuk 3 bulan....
Boleh la anda lawati lawan web ini untuk maklumat lanjutan http://www.scorea.com/...
Pasni anak-anak korang boleh la score semua A dalam UPSR dan PMR yek..jom cuba

Tuesday, June 17, 2008

Majlis Persandingan ( Lelaki ) 31 Mei 2008

Lokasi Perkahwinan
Dewan Ilmu MRSM Kuantan, Pahang


Penuh dengan adat istiadat mewarnai anjungan
mempelai sejoli...


Junjung Kasih Keberangkatan Tengku Azizah,
Tengku Puan Pahang

Permata yang menjadi seri Nirwana kasih

Terima kasih teman-teman memeriahkan
Majlis Perkahwinan ku:)... Lov U All


Ada Gaya Pahlawan Ke..huhuhu

Wednesday, June 11, 2008

Majlis Persandingan ( Perempuan ) 25 Mei 2008




Keayuan Puteri Menyambut Putera Sejati untuk
Disusuri Bersama Ke Mahligai Sandingan








Rengis-rengis Dipilis Oleh Bonda n Ayahanda




Santapan Mempelai Sejoli








Potong Kek



Tinjau-tinjau